Monday, May 19, 2014

Refleksi Minggu Kelima Belas

Alhamdulillah telah masuk minggu ke 15 pada minggu ini. Bermakna ini adalah minggu terakhir bagi kelas ini. Pada awal kelas minggu ini Dr. Norasykin mengimbas kembali pelajaran-pelajaran yang telah kami pelajari sepanjang satu semester ini. Beliau juga mengingatkan kami supaya mempraktikkan segala ilmu yang telah kami pelajari dan sentiasa membuat latihan dan mencari maklumat-maklumat baru agar kami bertambah mahir dan tidak lupa segala ilmu yang telah kami pelajari,. Seterusnya beliau telah meminta pendapat kami mengenai penggunaan perisian di sekolah iaitu bagaimana penggunaannya dan apakah kekangan-kekangan yang ada. Pelbagai jawapan telah diterima daripada pelajar antaranya masalah kekurangan peralatan, masalah isi kandungan perisian tidak sesuai dengan pengajaran, kekurangan kemahiran dalam mengendalikan peralatan ICT, dan masalah pandangan negatif kepada penggunaan perisian itu sendiri.  Seterusnya beliau meminta pendapat kami bagaimana pelajaran yang kami pelajari ini dapat diaplikasikan di sekolah. Beliau juga meminta kami menjawab soalan peperiksaan akhir nanti dengan baik. Di akhir kelas kami telah mengadakan sedikit jamuan minum petang bagi menunjukkan rasa syukur kerana kelas ini telah berakhir dengan jayanya. Terima kasih Dr Norasykin...

Refleksi Minggu Keempat Belas

Alhamdulillah pada minggu ini telah masuk minggu yang keempat belas untuk kelas ini. Pada awal kelas minggu ini, pensyarah, Dr. Norasykin telah membuat sedikit perubahan bagi tugasan projek berkumpulan yang akan kami buat. Kumpulan saya diberi tugasan untuk menerangkan tentang motion guide dan scene. Beliau seterusnya menerangkan bahagian-bahagian yang perlu ada di dalam perisian atau projek kami. Ini termasuklah montaj, pendahuluan, objektif, latihan serta kredit. Di setiap bahagian pula mesti harus mengandungi elemen teks, grafik, audio dan video. Kawalan kepada setiap elemen seharusnya menggunakan "action script". Beliau kemudian menunjukkan kepada kami bagaimana untuk "publish" projek yang telah siap. Setelah itu kami diberi masa untuk berbincang dalam kumpulan tentang projek yang akan kami laksanakan.

Monday, May 5, 2014

Refleksi MInggu Ketiga Belas

Pada minggu ini kami mempelajari berkenaan dengan text entries iaitu static text, input text dan dynamic text.

Contoh latihan dan action script adalah seperti:



on (release) { if (answer == "yes") {respon="correct!";
} else {
respon = "Incorrect. Your answer" + answer + "is incorrect";
}
}
on (release, keyPress "<Enter>") { if (answer == "yes") {respon="correct!";
} else {
respon = "Incorrect. Your answer " + answer + " is incorrect";
}
}


on (release) {
respon = "This is just right!";
}



Monday, April 28, 2014

Refleksi Minggu Kedua Belas

Alhamdulillah telah masuk minggu ke 12 pada minggu ini. Pada minggu ini kami belajar mengenai Action script. Action Script sedikit berbeza dengan bahasa programming kerana Action Script lebih mudah dan ringkas, berbeza dengan programming yang menggunakan arahan yang lebih kompleks.

Asas action memasukkan action script

1. Masukkan objek dan jadikan shape tweening
2. Tambahkan layer dan masukkan action script "stop" di frame terakhir untuk memberhentikan pergerakan
    objek.


Contoh-contoh action script

1. stop ( ) ;

2. on (release){
  gotoAndPlay("Scene1",1)
   }

3. on(release){
   gotoAndStop("Scene2","2");
    }

Monday, April 21, 2014

Refleksi MInggu Kesebelas

Alhamdulillah telah masuk minggu kesebelas pada minggu ini. Pada minggu ini kami didedahkan kepada teknik "onio skin" iaitu satu teknik melukis imej dengan meniru imej yang asal.

Contoh teknik onion skin


Langkah melukis dengan teknik onion skin
  1. Masukkan imej pada frame pertama
  2. Masukkan blank keyframe pada frame kedua
  3. Klik pada butang onion skin
  4. Gunakan pensel atau berus untuk melukis rajah pada frame kedua.

Monday, April 14, 2014

Refleksi Minggu Kesepuluh

Minggu ini, minggu kedua kami belajar mengenai perisian Flash. Pada awal kelas minggu ini kami mengulangkaji pelajaran Flash pada minggu pada minggu lepas. Seterusnya kami diajar menukar objekkepada simbol sama ada 'movie clip, button atau graphic'. Kami juga diajar tentang bagaimana simbol-simbol tersebut disimpan di 'library'. Kami seterusnya diajar bagaimana untuk menghasilkan animasi dengan menggunakan 'motion tweening' dan 'shape tweening'. Kami dijuga diajar bagaimana menghasilkan animasi dengan menggunakan 'motion guide'. Pelajaran pada hari ini amat menyeronokkan.


Monday, April 7, 2014

Refleksi Minggu Kesembilan

Alhamdulillah telah masuk minggu kesembilan minggu ini setelah bercuti selama seminggu. Kelas pada minggu ini dikendalikan oleh Dr. Norasykin. Pada minggu ini kami akan mula belajar perisian Flash. Bagi aku ini suatu pelajaran yang menarik untuk dipelajari disamping dapat mengingat kembali tentang pelajaran 'Flash' yang pernah aku pelajari sebelum ini. Sebagai permulaan kelas pada minggu ini Dr. Asykin membincangkan perkara-perkara asas dalam flash di samping kegunaannya. Pada permulaan kelas kami dikenalkan kepada antara muka perisian Flash dan fitur-fitur atau 'toolbar' yang ada dalam perisian ini.

Antara Muka Flash CS3


Flash toolbox



Seterusnya kami diperkenalkan mengenai fundamental perisian Flash dan jenis interaksi di dalam perisian Flash.

Types of Interaction
1. Symbols
2. Input text
3. Drag and drop

Di akhir kelas kami diajar melukis dengan menggunakan toolbox.

Monday, March 24, 2014

Refleksi Minggu Ketujuh

Alhamdulilah, telah masuk minggu ketujuh kelas pada minggu ini. Kelas pada hari ini dikendalikan oleh Prof. Zaida. Pada permulaan kelas, Prof. Zaida bertanyakan masalah yang kami hadapi. Beliau seterusnya menerangkan bagaimana untuk membuat 'Logout user' kepada kami. Selepas itu beliau mengemukakan beberapa soalan antaranya apakah tujuan admin page dan restrict access to page.  Admin page sebenarnya adalah digunakan untuk manage system manakala restrict admin page adalah untuk mengawal access kepada system. Perbincangan seterusnya adalah ulangkaji kepada pelajaran lepas iaitu login, add user, update user, delete user secara lebih terperinci. Pada minggu ini Prof. Zaida mengajar kami bagaimana untuk membuat forum online atau questionaire online.



Monday, March 17, 2014

Refleksi Minggu Keenam

Alhamdulillah, telah masuk minggu ke 6 minggu ini. Pada minggu ini kelas dikendalikan oleh Dr. Norasykin. Sebelum kelas bermula Dr. Norasykin bertanyakan masalah yang kami hadapi. Segelintir daripada kami memang menghadapi sedikit masalah pelajaran pada minggu lepas tetapi telah dapat diatasi dengan bantuan rakan-rakan sekelas. Kelas pada minggu ini pula berkisar kepada Login In Page and Check Username, Admin Page and Level, Restrict Access to Page, Go to Detail Page, Go to Related Page dan Update and Delete Behaviour. Sebenarnya aku tidak dapat mengikuti kelas pada minggu ini dengan baik. Kelas berakhir sekitar jam 6.30 petang. Berbekalkan dengan apps yang disediakan oleh Vicky, aku akan 'explore' tajuk-tajuk itu kemudian.

Monday, March 10, 2014

Refleksi Minggu Kelima

Alhamdulillah, telah masuk minggu kelima kelas MPT1113. Walaupun agak penat tetapi alhamdulillah dapat aku teruskan juga kelas ini. Pada awal kelas minggu ini, Prof. Zaida bersama-sama membincangkan semula tentang kelas pada minggu yang lepas iaitu mengenai pembinaan web menggunakan ASP. Beliau bertanyakan masalah-masalah yang kami hadapi dan mengutarakan soalan penyelesaiannya kepada kelas. Perbincangan awal ini dapat membantu kawan-kawan sekelas yang menghadapi masalah setting dan aku alhamdulillah tidak ada masalah yang dihadapi. Semuanya berjalan dengan lancar. Pada minggu ini Prof. Zaida mengajar kami membina web menggunakan PHP pula. Ahh...Aku tidak dapat mengikuti kelas ini dengan baik pula dan tertinggal dalam perbincangan. Bukan apa... Ini kerana aku belum lagi mengiinstalasi perisian xampp semasa Prof. Zaida menunjukkan cara-cara membina web menggunakan PHP. xampp adalah singkatan dari X (empat sistem operasi: Windows, Linux, Mac OS, Solaris), Apache, MySQL, PHP dan Perl. xampp adalah tool yang fungsinya sebagai server yang berdiri sendiri atau disebut Localhost untuk pembuatan web secara offline. Ok lah,  kerana aku nampak ramai kawan-kawan boleh mengikuti kelas ini dengan baik, nanti aku akan bertanya mereka mengenai hal ini. Dan pada hari Selasa selepas kelas "research methodology" aku membincangkan pelajaran PHP ini dengan Cikgu Suhaimi, Cikgu Zuhairizam dan Cikgu Azlina. Semuanya selesai. Menggunakan xampp tidaklah susah sangat cuma kita perlu tahu apa yang hendak dibuat ataupun dalam erti kata lain kita mesti tahun bagaimana rupa bentuk web yang hendak kita bina.

Setting xampp
1. Install xampp.
2. Create new site dalam dreamweaver.
3. Create database dalam phpMyAdmin.
4. Create connection kepada database.

Monday, March 3, 2014

Refleksi Minggu Keempat

Minggu ini minggu keempat kelas. Pada awal kelas, Prof. Zaida membincangkan semula mengenai konsep timeline, layers, frame, kerana ramai antara kami masih tidak memahami konsep tersebut. Prof memberitahu bahawa layers tidak digalakkan dalam membina web kerana tidak compatible dengan pelbagai jenis browser. Beliau juga membincangkan tentang anchor. Prof. menerangkan sedikit analogi anchor. "Ianya semacam sauh iaitu 'melekat'. Ia juga sejenis link. Anchor digunakan bila web site mempunyai maklumat terlalu panjang. Perbincangan seterusnya ialah mengenai pelajaran hari ini iaitu Developing Dynamic WebPage. Dalam membina Dynamic WebPage kami menggunakan Server side scripting - ASP. Sebelum memulakan pembinaan website kami diminta untuk mengaktfikan IIS iaitu testing server bagi ASP. Ada di antara kami yang tidak dapat mengaktifkan IIS tetapi atas tunjuk ajar Prof. dan pembantunya kami dapat menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya kami diajar untuk membina 'new site', membina folder untuk site dan membina database. Seterusnya kami diajar membuat sambungan kepada database tersebut. Dalam langkah ini kebanyakkan daripada kami gagal membuat sambungan kepada database. Oleh kerana kesuntukan masa, kami diminta menyiapkannya di rumah. Disamping pengajaran Prof. juga membekalkan nota untuk kami ikuti dirumah nanti.

Connection to database
"Driver={Microsoft Access Driver (*.mdb)};DBQ="& Server.MapPath("/data/data.mdb")

Monday, February 24, 2014

Refleksi Minggu Ketiga

Kelas pada minggu ini dikendalikan oleh Dr. Norasykin. Dipermulaan kelas Dr. Norasykin mengimbas kembali tentang static dan dynamic website serta perbezaan antara ASP dan PHP. Seterusnya kami diajar mengenai perisian Dreamweaver. Sebenarnya aku sendiri pernah mempelajari perisian ini sebelum ini tetapi tidak dapat menguasainya. Harapan aku dalam pembelajaran kali ini aku akan menguasainya. Dalam pelajaran hari ini kami didedahkan dengan interface dreamweaver seperti menu bar, title bar, standard toolbar, document toolbar, status bar, properties inspector, serta insert toobar or panel of objects. Pada kali ini kami diajar mennggunakan code html untuk membina website. Sebelum membina website kami diminta menyediakan sebuah folder baru untuk menempatkan segala bahan yang berkaitan dengan website yang akan dibina nanti. Seterusnya kami diajar memasukan bahan ke dalam dreamweaver,  membuka file baru dan memilih frameset yang sesuai untuk membina website. Kami juga diajar bagaimana untuk mengubah elemen-elemen yang kami masukkan seperti mengubah tulisan, mengubahsuai warna background, memasukan imej sebagai background serta membuat link dalam website. Apa yang menarik perhatian aku pada kali ini ialah ialah bagaimana untuk memasukkan imej sebagai background kerana aku baru tahu bagaimana untuk memilih saiz background yang sesuai. Membuat link dalam website agak mencabar kerana ada link-link yang aku buat tidak menjadi ada yang sepatutnya. Ini menjadi satu cabaran bagi aku pada kali ini. Di akhir kelas, Prof. Zaida yang datang pada penghujung kelas telah membekalkan kami dengan "app" untuk mengenali dreamweaver dengan lebih dekat dan mempelajarinya. Aku amat tertarik dengan 'app" dan berhasrat pada suatu masa nanti aku juga boleh menghasilkan "app" untuk kegunaan dalam pendidikan. Semakin banyak ilmu yang baru aku pelajari dalam kelas ini.


Tuesday, February 18, 2014

Refleksi Minggu Kedua

Kelas pada minggu ini dikendalikan oleh Prof. Zaidatun dan dibantu oleh Dr. Norasykin. Pada minggu ini Prof. Zaida memberikan lebih banyak input  tentang kursus MPT119. Pada permulaan kelas, Prof. Zaida menerangkan semula mengenai kursus ini termasuk objektif, perancangan kursus serta penilaiannya. Seterusnya Prof. Zaida membuat perbincangan mengenai 'multimedia programming vs multimedia authoring' Dari perbincangan ini banyak juga input-input baru yang aku perolehi misalnya apakah 'metaphor' bagi setiap perisian yang digunakan. Dari perbincangan itu beliau membuat kesimpulan bahawa penggunaan perisian haruslah mengikut kehendak serta keupayaan atau dalam erti kata lain kita harus tahu kenapa dan bila kita perlu menggunakan perisian tersebut. Perbincangan seterusnya ialah mengenai web page, web site dan portal. Dari perbincangan ini aku telah dapat membezakan antara ketiga-tiganya iaitu web page biasanya mempuyai satu halaman, web site mempunyai beberapa halaman manakala portal biasanya merangkumi banyak web site. Beliau seterusnya membuat perbincangan mengenai 'static web page vs dynamic we bpage. Dari perbincangan ini dapatlah aku membezakan antara keduanya antaranya mengenai paparan, kos pembangunan, penggunaan code atau bahasa pengaturcaraa, masa pembangunan, serta isu keselamatan. Di akhir kelas pada minggu ini, Prof. Zaida membuat perbincangan mengenai ASP dan PHP. Beliau juga memberi tugasan kepada kami untuk mencari apakah perbezaan antara keduanya. Kelas pada hari ini telah mengimbas kembali apa yang telah aku pelajari sebelum ini yang telah banyak aku lupa.

Difference between ASP and PHP

ASP
PHP
Programming language
Programming language
From Microsoft
From Rasmus Lerdorf
Run only Windows only
Runs on many OS like Linux, Unix sever and NT server. Also in Windows
Use Internet Information Service (IIS) for testing server
Use Apache for testing server
Use Microsoft Access for database
Use MySQL for database


Use Visual Basic programming
Uses C/C++ language
More costing – ASP needs to run on Windows with IIS and need to purchase
Free
Not much flexible when connecting with database compare with PHP
Very much flexible when connecting with database
Need to purchase MS-SQL
Can connet to several database – commonly used is the MySQL. It free
Not so fast when loading
Loading speed more fast than ASP

Tuesday, February 11, 2014

Refleksi Minggu Pertama

Hari ini kelas pertama untuk kursus MPT1193 (Authoring System). Kelas pada hari ini dikendalikan oleh Dr. Norasykin Mohd Zaid, pembantu kepada Prof. Dr. Zaidatun Tasir. Untuk kelas yang pertama ini, Dr Norasykin memberi penerangan tentang kursus ini. Ia adalah berkenaan dengan apa yang hendak dipelajari dalam kursus ini, bagaimana penilaian dibuat dan tugasan-tugasan perlu dilaksanakan oleh pelajar. Sepanjang 2 jam lebih penerangan pada hari ini, saya rasakan kursus ini agak menarik untuk dipelajari. Saya berharap kursus ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan saya tentang perisian Dreamweaver dan Flash yang saya telah pelajari sebelum ini. Di akhir kuliah Dr. Norasykin meminta kami membina satu blog untuk penulisan refleksi bagi setiap sesi yang diadakan nanti. Refleksi yang perlu ditulis bermula pada minggu hadapan. Di akhir kelas, kebanyakan dari kami telah membina blog masing-masing dengan bimbingan Dr. Norasyikin.