Monday, May 19, 2014

Refleksi Minggu Kelima Belas

Alhamdulillah telah masuk minggu ke 15 pada minggu ini. Bermakna ini adalah minggu terakhir bagi kelas ini. Pada awal kelas minggu ini Dr. Norasykin mengimbas kembali pelajaran-pelajaran yang telah kami pelajari sepanjang satu semester ini. Beliau juga mengingatkan kami supaya mempraktikkan segala ilmu yang telah kami pelajari dan sentiasa membuat latihan dan mencari maklumat-maklumat baru agar kami bertambah mahir dan tidak lupa segala ilmu yang telah kami pelajari,. Seterusnya beliau telah meminta pendapat kami mengenai penggunaan perisian di sekolah iaitu bagaimana penggunaannya dan apakah kekangan-kekangan yang ada. Pelbagai jawapan telah diterima daripada pelajar antaranya masalah kekurangan peralatan, masalah isi kandungan perisian tidak sesuai dengan pengajaran, kekurangan kemahiran dalam mengendalikan peralatan ICT, dan masalah pandangan negatif kepada penggunaan perisian itu sendiri.  Seterusnya beliau meminta pendapat kami bagaimana pelajaran yang kami pelajari ini dapat diaplikasikan di sekolah. Beliau juga meminta kami menjawab soalan peperiksaan akhir nanti dengan baik. Di akhir kelas kami telah mengadakan sedikit jamuan minum petang bagi menunjukkan rasa syukur kerana kelas ini telah berakhir dengan jayanya. Terima kasih Dr Norasykin...

No comments:

Post a Comment