Monday, March 24, 2014

Refleksi Minggu Ketujuh

Alhamdulilah, telah masuk minggu ketujuh kelas pada minggu ini. Kelas pada hari ini dikendalikan oleh Prof. Zaida. Pada permulaan kelas, Prof. Zaida bertanyakan masalah yang kami hadapi. Beliau seterusnya menerangkan bagaimana untuk membuat 'Logout user' kepada kami. Selepas itu beliau mengemukakan beberapa soalan antaranya apakah tujuan admin page dan restrict access to page.  Admin page sebenarnya adalah digunakan untuk manage system manakala restrict admin page adalah untuk mengawal access kepada system. Perbincangan seterusnya adalah ulangkaji kepada pelajaran lepas iaitu login, add user, update user, delete user secara lebih terperinci. Pada minggu ini Prof. Zaida mengajar kami bagaimana untuk membuat forum online atau questionaire online.



Monday, March 17, 2014

Refleksi Minggu Keenam

Alhamdulillah, telah masuk minggu ke 6 minggu ini. Pada minggu ini kelas dikendalikan oleh Dr. Norasykin. Sebelum kelas bermula Dr. Norasykin bertanyakan masalah yang kami hadapi. Segelintir daripada kami memang menghadapi sedikit masalah pelajaran pada minggu lepas tetapi telah dapat diatasi dengan bantuan rakan-rakan sekelas. Kelas pada minggu ini pula berkisar kepada Login In Page and Check Username, Admin Page and Level, Restrict Access to Page, Go to Detail Page, Go to Related Page dan Update and Delete Behaviour. Sebenarnya aku tidak dapat mengikuti kelas pada minggu ini dengan baik. Kelas berakhir sekitar jam 6.30 petang. Berbekalkan dengan apps yang disediakan oleh Vicky, aku akan 'explore' tajuk-tajuk itu kemudian.

Monday, March 10, 2014

Refleksi Minggu Kelima

Alhamdulillah, telah masuk minggu kelima kelas MPT1113. Walaupun agak penat tetapi alhamdulillah dapat aku teruskan juga kelas ini. Pada awal kelas minggu ini, Prof. Zaida bersama-sama membincangkan semula tentang kelas pada minggu yang lepas iaitu mengenai pembinaan web menggunakan ASP. Beliau bertanyakan masalah-masalah yang kami hadapi dan mengutarakan soalan penyelesaiannya kepada kelas. Perbincangan awal ini dapat membantu kawan-kawan sekelas yang menghadapi masalah setting dan aku alhamdulillah tidak ada masalah yang dihadapi. Semuanya berjalan dengan lancar. Pada minggu ini Prof. Zaida mengajar kami membina web menggunakan PHP pula. Ahh...Aku tidak dapat mengikuti kelas ini dengan baik pula dan tertinggal dalam perbincangan. Bukan apa... Ini kerana aku belum lagi mengiinstalasi perisian xampp semasa Prof. Zaida menunjukkan cara-cara membina web menggunakan PHP. xampp adalah singkatan dari X (empat sistem operasi: Windows, Linux, Mac OS, Solaris), Apache, MySQL, PHP dan Perl. xampp adalah tool yang fungsinya sebagai server yang berdiri sendiri atau disebut Localhost untuk pembuatan web secara offline. Ok lah,  kerana aku nampak ramai kawan-kawan boleh mengikuti kelas ini dengan baik, nanti aku akan bertanya mereka mengenai hal ini. Dan pada hari Selasa selepas kelas "research methodology" aku membincangkan pelajaran PHP ini dengan Cikgu Suhaimi, Cikgu Zuhairizam dan Cikgu Azlina. Semuanya selesai. Menggunakan xampp tidaklah susah sangat cuma kita perlu tahu apa yang hendak dibuat ataupun dalam erti kata lain kita mesti tahun bagaimana rupa bentuk web yang hendak kita bina.

Setting xampp
1. Install xampp.
2. Create new site dalam dreamweaver.
3. Create database dalam phpMyAdmin.
4. Create connection kepada database.

Monday, March 3, 2014

Refleksi Minggu Keempat

Minggu ini minggu keempat kelas. Pada awal kelas, Prof. Zaida membincangkan semula mengenai konsep timeline, layers, frame, kerana ramai antara kami masih tidak memahami konsep tersebut. Prof memberitahu bahawa layers tidak digalakkan dalam membina web kerana tidak compatible dengan pelbagai jenis browser. Beliau juga membincangkan tentang anchor. Prof. menerangkan sedikit analogi anchor. "Ianya semacam sauh iaitu 'melekat'. Ia juga sejenis link. Anchor digunakan bila web site mempunyai maklumat terlalu panjang. Perbincangan seterusnya ialah mengenai pelajaran hari ini iaitu Developing Dynamic WebPage. Dalam membina Dynamic WebPage kami menggunakan Server side scripting - ASP. Sebelum memulakan pembinaan website kami diminta untuk mengaktfikan IIS iaitu testing server bagi ASP. Ada di antara kami yang tidak dapat mengaktifkan IIS tetapi atas tunjuk ajar Prof. dan pembantunya kami dapat menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya kami diajar untuk membina 'new site', membina folder untuk site dan membina database. Seterusnya kami diajar membuat sambungan kepada database tersebut. Dalam langkah ini kebanyakkan daripada kami gagal membuat sambungan kepada database. Oleh kerana kesuntukan masa, kami diminta menyiapkannya di rumah. Disamping pengajaran Prof. juga membekalkan nota untuk kami ikuti dirumah nanti.

Connection to database
"Driver={Microsoft Access Driver (*.mdb)};DBQ="& Server.MapPath("/data/data.mdb")