Monday, April 28, 2014

Refleksi Minggu Kedua Belas

Alhamdulillah telah masuk minggu ke 12 pada minggu ini. Pada minggu ini kami belajar mengenai Action script. Action Script sedikit berbeza dengan bahasa programming kerana Action Script lebih mudah dan ringkas, berbeza dengan programming yang menggunakan arahan yang lebih kompleks.

Asas action memasukkan action script

1. Masukkan objek dan jadikan shape tweening
2. Tambahkan layer dan masukkan action script "stop" di frame terakhir untuk memberhentikan pergerakan
    objek.


Contoh-contoh action script

1. stop ( ) ;

2. on (release){
  gotoAndPlay("Scene1",1)
   }

3. on(release){
   gotoAndStop("Scene2","2");
    }

Monday, April 21, 2014

Refleksi MInggu Kesebelas

Alhamdulillah telah masuk minggu kesebelas pada minggu ini. Pada minggu ini kami didedahkan kepada teknik "onio skin" iaitu satu teknik melukis imej dengan meniru imej yang asal.

Contoh teknik onion skin


Langkah melukis dengan teknik onion skin
  1. Masukkan imej pada frame pertama
  2. Masukkan blank keyframe pada frame kedua
  3. Klik pada butang onion skin
  4. Gunakan pensel atau berus untuk melukis rajah pada frame kedua.

Monday, April 14, 2014

Refleksi Minggu Kesepuluh

Minggu ini, minggu kedua kami belajar mengenai perisian Flash. Pada awal kelas minggu ini kami mengulangkaji pelajaran Flash pada minggu pada minggu lepas. Seterusnya kami diajar menukar objekkepada simbol sama ada 'movie clip, button atau graphic'. Kami juga diajar tentang bagaimana simbol-simbol tersebut disimpan di 'library'. Kami seterusnya diajar bagaimana untuk menghasilkan animasi dengan menggunakan 'motion tweening' dan 'shape tweening'. Kami dijuga diajar bagaimana menghasilkan animasi dengan menggunakan 'motion guide'. Pelajaran pada hari ini amat menyeronokkan.


Monday, April 7, 2014

Refleksi Minggu Kesembilan

Alhamdulillah telah masuk minggu kesembilan minggu ini setelah bercuti selama seminggu. Kelas pada minggu ini dikendalikan oleh Dr. Norasykin. Pada minggu ini kami akan mula belajar perisian Flash. Bagi aku ini suatu pelajaran yang menarik untuk dipelajari disamping dapat mengingat kembali tentang pelajaran 'Flash' yang pernah aku pelajari sebelum ini. Sebagai permulaan kelas pada minggu ini Dr. Asykin membincangkan perkara-perkara asas dalam flash di samping kegunaannya. Pada permulaan kelas kami dikenalkan kepada antara muka perisian Flash dan fitur-fitur atau 'toolbar' yang ada dalam perisian ini.

Antara Muka Flash CS3


Flash toolbox



Seterusnya kami diperkenalkan mengenai fundamental perisian Flash dan jenis interaksi di dalam perisian Flash.

Types of Interaction
1. Symbols
2. Input text
3. Drag and drop

Di akhir kelas kami diajar melukis dengan menggunakan toolbox.