Monday, March 3, 2014

Refleksi Minggu Keempat

Minggu ini minggu keempat kelas. Pada awal kelas, Prof. Zaida membincangkan semula mengenai konsep timeline, layers, frame, kerana ramai antara kami masih tidak memahami konsep tersebut. Prof memberitahu bahawa layers tidak digalakkan dalam membina web kerana tidak compatible dengan pelbagai jenis browser. Beliau juga membincangkan tentang anchor. Prof. menerangkan sedikit analogi anchor. "Ianya semacam sauh iaitu 'melekat'. Ia juga sejenis link. Anchor digunakan bila web site mempunyai maklumat terlalu panjang. Perbincangan seterusnya ialah mengenai pelajaran hari ini iaitu Developing Dynamic WebPage. Dalam membina Dynamic WebPage kami menggunakan Server side scripting - ASP. Sebelum memulakan pembinaan website kami diminta untuk mengaktfikan IIS iaitu testing server bagi ASP. Ada di antara kami yang tidak dapat mengaktifkan IIS tetapi atas tunjuk ajar Prof. dan pembantunya kami dapat menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya kami diajar untuk membina 'new site', membina folder untuk site dan membina database. Seterusnya kami diajar membuat sambungan kepada database tersebut. Dalam langkah ini kebanyakkan daripada kami gagal membuat sambungan kepada database. Oleh kerana kesuntukan masa, kami diminta menyiapkannya di rumah. Disamping pengajaran Prof. juga membekalkan nota untuk kami ikuti dirumah nanti.

Connection to database
"Driver={Microsoft Access Driver (*.mdb)};DBQ="& Server.MapPath("/data/data.mdb")

No comments:

Post a Comment