Monday, May 19, 2014

Refleksi Minggu Kelima Belas

Alhamdulillah telah masuk minggu ke 15 pada minggu ini. Bermakna ini adalah minggu terakhir bagi kelas ini. Pada awal kelas minggu ini Dr. Norasykin mengimbas kembali pelajaran-pelajaran yang telah kami pelajari sepanjang satu semester ini. Beliau juga mengingatkan kami supaya mempraktikkan segala ilmu yang telah kami pelajari dan sentiasa membuat latihan dan mencari maklumat-maklumat baru agar kami bertambah mahir dan tidak lupa segala ilmu yang telah kami pelajari,. Seterusnya beliau telah meminta pendapat kami mengenai penggunaan perisian di sekolah iaitu bagaimana penggunaannya dan apakah kekangan-kekangan yang ada. Pelbagai jawapan telah diterima daripada pelajar antaranya masalah kekurangan peralatan, masalah isi kandungan perisian tidak sesuai dengan pengajaran, kekurangan kemahiran dalam mengendalikan peralatan ICT, dan masalah pandangan negatif kepada penggunaan perisian itu sendiri.  Seterusnya beliau meminta pendapat kami bagaimana pelajaran yang kami pelajari ini dapat diaplikasikan di sekolah. Beliau juga meminta kami menjawab soalan peperiksaan akhir nanti dengan baik. Di akhir kelas kami telah mengadakan sedikit jamuan minum petang bagi menunjukkan rasa syukur kerana kelas ini telah berakhir dengan jayanya. Terima kasih Dr Norasykin...

Refleksi Minggu Keempat Belas

Alhamdulillah pada minggu ini telah masuk minggu yang keempat belas untuk kelas ini. Pada awal kelas minggu ini, pensyarah, Dr. Norasykin telah membuat sedikit perubahan bagi tugasan projek berkumpulan yang akan kami buat. Kumpulan saya diberi tugasan untuk menerangkan tentang motion guide dan scene. Beliau seterusnya menerangkan bahagian-bahagian yang perlu ada di dalam perisian atau projek kami. Ini termasuklah montaj, pendahuluan, objektif, latihan serta kredit. Di setiap bahagian pula mesti harus mengandungi elemen teks, grafik, audio dan video. Kawalan kepada setiap elemen seharusnya menggunakan "action script". Beliau kemudian menunjukkan kepada kami bagaimana untuk "publish" projek yang telah siap. Setelah itu kami diberi masa untuk berbincang dalam kumpulan tentang projek yang akan kami laksanakan.

Monday, May 5, 2014

Refleksi MInggu Ketiga Belas

Pada minggu ini kami mempelajari berkenaan dengan text entries iaitu static text, input text dan dynamic text.

Contoh latihan dan action script adalah seperti:



on (release) { if (answer == "yes") {respon="correct!";
} else {
respon = "Incorrect. Your answer" + answer + "is incorrect";
}
}
on (release, keyPress "<Enter>") { if (answer == "yes") {respon="correct!";
} else {
respon = "Incorrect. Your answer " + answer + " is incorrect";
}
}


on (release) {
respon = "This is just right!";
}



Monday, April 28, 2014

Refleksi Minggu Kedua Belas

Alhamdulillah telah masuk minggu ke 12 pada minggu ini. Pada minggu ini kami belajar mengenai Action script. Action Script sedikit berbeza dengan bahasa programming kerana Action Script lebih mudah dan ringkas, berbeza dengan programming yang menggunakan arahan yang lebih kompleks.

Asas action memasukkan action script

1. Masukkan objek dan jadikan shape tweening
2. Tambahkan layer dan masukkan action script "stop" di frame terakhir untuk memberhentikan pergerakan
    objek.


Contoh-contoh action script

1. stop ( ) ;

2. on (release){
  gotoAndPlay("Scene1",1)
   }

3. on(release){
   gotoAndStop("Scene2","2");
    }

Monday, April 21, 2014

Refleksi MInggu Kesebelas

Alhamdulillah telah masuk minggu kesebelas pada minggu ini. Pada minggu ini kami didedahkan kepada teknik "onio skin" iaitu satu teknik melukis imej dengan meniru imej yang asal.

Contoh teknik onion skin


Langkah melukis dengan teknik onion skin
  1. Masukkan imej pada frame pertama
  2. Masukkan blank keyframe pada frame kedua
  3. Klik pada butang onion skin
  4. Gunakan pensel atau berus untuk melukis rajah pada frame kedua.

Monday, April 14, 2014

Refleksi Minggu Kesepuluh

Minggu ini, minggu kedua kami belajar mengenai perisian Flash. Pada awal kelas minggu ini kami mengulangkaji pelajaran Flash pada minggu pada minggu lepas. Seterusnya kami diajar menukar objekkepada simbol sama ada 'movie clip, button atau graphic'. Kami juga diajar tentang bagaimana simbol-simbol tersebut disimpan di 'library'. Kami seterusnya diajar bagaimana untuk menghasilkan animasi dengan menggunakan 'motion tweening' dan 'shape tweening'. Kami dijuga diajar bagaimana menghasilkan animasi dengan menggunakan 'motion guide'. Pelajaran pada hari ini amat menyeronokkan.


Monday, April 7, 2014

Refleksi Minggu Kesembilan

Alhamdulillah telah masuk minggu kesembilan minggu ini setelah bercuti selama seminggu. Kelas pada minggu ini dikendalikan oleh Dr. Norasykin. Pada minggu ini kami akan mula belajar perisian Flash. Bagi aku ini suatu pelajaran yang menarik untuk dipelajari disamping dapat mengingat kembali tentang pelajaran 'Flash' yang pernah aku pelajari sebelum ini. Sebagai permulaan kelas pada minggu ini Dr. Asykin membincangkan perkara-perkara asas dalam flash di samping kegunaannya. Pada permulaan kelas kami dikenalkan kepada antara muka perisian Flash dan fitur-fitur atau 'toolbar' yang ada dalam perisian ini.

Antara Muka Flash CS3


Flash toolbox



Seterusnya kami diperkenalkan mengenai fundamental perisian Flash dan jenis interaksi di dalam perisian Flash.

Types of Interaction
1. Symbols
2. Input text
3. Drag and drop

Di akhir kelas kami diajar melukis dengan menggunakan toolbox.