Kelas pada minggu ini dikendalikan oleh Prof. Zaidatun dan dibantu oleh Dr. Norasykin. Pada minggu ini Prof. Zaida memberikan lebih banyak input tentang kursus MPT119. Pada permulaan kelas, Prof. Zaida menerangkan semula mengenai kursus ini termasuk objektif, perancangan kursus serta penilaiannya. Seterusnya Prof. Zaida membuat perbincangan mengenai 'multimedia programming vs multimedia authoring' Dari perbincangan ini banyak juga input-input baru yang aku perolehi misalnya apakah 'metaphor' bagi setiap perisian yang digunakan. Dari perbincangan itu beliau membuat kesimpulan bahawa penggunaan perisian haruslah mengikut kehendak serta keupayaan atau dalam erti kata lain kita harus tahu kenapa dan bila kita perlu menggunakan perisian tersebut. Perbincangan seterusnya ialah mengenai web page, web site dan portal. Dari perbincangan ini aku telah dapat membezakan antara ketiga-tiganya iaitu web page biasanya mempuyai satu halaman, web site mempunyai beberapa halaman manakala portal biasanya merangkumi banyak web site. Beliau seterusnya membuat perbincangan mengenai 'static web page vs dynamic we bpage. Dari perbincangan ini dapatlah aku membezakan antara keduanya antaranya mengenai paparan, kos pembangunan, penggunaan code atau bahasa pengaturcaraa, masa pembangunan, serta isu keselamatan. Di akhir kelas pada minggu ini, Prof. Zaida membuat perbincangan mengenai ASP dan PHP. Beliau juga memberi tugasan kepada kami untuk mencari apakah perbezaan antara keduanya. Kelas pada hari ini telah mengimbas kembali apa yang telah aku pelajari sebelum ini yang telah banyak aku lupa.
Difference between ASP and PHP
ASP
|
PHP
|
Programming language
|
Programming language
|
From Microsoft
|
From Rasmus
Lerdorf
|
Run only Windows only
|
Runs on many OS like Linux, Unix sever and NT
server. Also in Windows
|
Use Internet Information Service (IIS) for testing
server
|
Use Apache for testing server
|
Use Microsoft Access for database
|
Use MySQL for database
|
|
|
Use Visual Basic programming
|
Uses C/C++ language
|
More costing – ASP needs to run on Windows with IIS
and need to purchase
|
Free
|
Not much flexible when connecting with database
compare with PHP
|
Very much flexible when connecting with database
|
Need to purchase MS-SQL
|
Can connet to several database – commonly used is
the MySQL. It free
|
Not so fast when loading
|
Loading speed more fast than ASP
|
No comments:
Post a Comment