Monday, March 10, 2014

Refleksi Minggu Kelima

Alhamdulillah, telah masuk minggu kelima kelas MPT1113. Walaupun agak penat tetapi alhamdulillah dapat aku teruskan juga kelas ini. Pada awal kelas minggu ini, Prof. Zaida bersama-sama membincangkan semula tentang kelas pada minggu yang lepas iaitu mengenai pembinaan web menggunakan ASP. Beliau bertanyakan masalah-masalah yang kami hadapi dan mengutarakan soalan penyelesaiannya kepada kelas. Perbincangan awal ini dapat membantu kawan-kawan sekelas yang menghadapi masalah setting dan aku alhamdulillah tidak ada masalah yang dihadapi. Semuanya berjalan dengan lancar. Pada minggu ini Prof. Zaida mengajar kami membina web menggunakan PHP pula. Ahh...Aku tidak dapat mengikuti kelas ini dengan baik pula dan tertinggal dalam perbincangan. Bukan apa... Ini kerana aku belum lagi mengiinstalasi perisian xampp semasa Prof. Zaida menunjukkan cara-cara membina web menggunakan PHP. xampp adalah singkatan dari X (empat sistem operasi: Windows, Linux, Mac OS, Solaris), Apache, MySQL, PHP dan Perl. xampp adalah tool yang fungsinya sebagai server yang berdiri sendiri atau disebut Localhost untuk pembuatan web secara offline. Ok lah,  kerana aku nampak ramai kawan-kawan boleh mengikuti kelas ini dengan baik, nanti aku akan bertanya mereka mengenai hal ini. Dan pada hari Selasa selepas kelas "research methodology" aku membincangkan pelajaran PHP ini dengan Cikgu Suhaimi, Cikgu Zuhairizam dan Cikgu Azlina. Semuanya selesai. Menggunakan xampp tidaklah susah sangat cuma kita perlu tahu apa yang hendak dibuat ataupun dalam erti kata lain kita mesti tahun bagaimana rupa bentuk web yang hendak kita bina.

Setting xampp
1. Install xampp.
2. Create new site dalam dreamweaver.
3. Create database dalam phpMyAdmin.
4. Create connection kepada database.

No comments:

Post a Comment