Monday, February 24, 2014

Refleksi Minggu Ketiga

Kelas pada minggu ini dikendalikan oleh Dr. Norasykin. Dipermulaan kelas Dr. Norasykin mengimbas kembali tentang static dan dynamic website serta perbezaan antara ASP dan PHP. Seterusnya kami diajar mengenai perisian Dreamweaver. Sebenarnya aku sendiri pernah mempelajari perisian ini sebelum ini tetapi tidak dapat menguasainya. Harapan aku dalam pembelajaran kali ini aku akan menguasainya. Dalam pelajaran hari ini kami didedahkan dengan interface dreamweaver seperti menu bar, title bar, standard toolbar, document toolbar, status bar, properties inspector, serta insert toobar or panel of objects. Pada kali ini kami diajar mennggunakan code html untuk membina website. Sebelum membina website kami diminta menyediakan sebuah folder baru untuk menempatkan segala bahan yang berkaitan dengan website yang akan dibina nanti. Seterusnya kami diajar memasukan bahan ke dalam dreamweaver,  membuka file baru dan memilih frameset yang sesuai untuk membina website. Kami juga diajar bagaimana untuk mengubah elemen-elemen yang kami masukkan seperti mengubah tulisan, mengubahsuai warna background, memasukan imej sebagai background serta membuat link dalam website. Apa yang menarik perhatian aku pada kali ini ialah ialah bagaimana untuk memasukkan imej sebagai background kerana aku baru tahu bagaimana untuk memilih saiz background yang sesuai. Membuat link dalam website agak mencabar kerana ada link-link yang aku buat tidak menjadi ada yang sepatutnya. Ini menjadi satu cabaran bagi aku pada kali ini. Di akhir kelas, Prof. Zaida yang datang pada penghujung kelas telah membekalkan kami dengan "app" untuk mengenali dreamweaver dengan lebih dekat dan mempelajarinya. Aku amat tertarik dengan 'app" dan berhasrat pada suatu masa nanti aku juga boleh menghasilkan "app" untuk kegunaan dalam pendidikan. Semakin banyak ilmu yang baru aku pelajari dalam kelas ini.


No comments:

Post a Comment