Kelas pada minggu ini dikendalikan oleh Dr. Norasykin. Dipermulaan kelas Dr. Norasykin mengimbas kembali tentang static dan dynamic website serta perbezaan antara ASP dan PHP. Seterusnya kami diajar mengenai perisian Dreamweaver. Sebenarnya aku sendiri pernah mempelajari perisian ini sebelum ini tetapi tidak dapat menguasainya. Harapan aku dalam pembelajaran kali ini aku akan menguasainya. Dalam pelajaran hari ini kami didedahkan dengan interface dreamweaver seperti menu bar, title bar, standard toolbar, document toolbar, status bar, properties inspector, serta insert toobar or panel of objects. Pada kali ini kami diajar mennggunakan code html untuk membina website. Sebelum membina website kami diminta menyediakan sebuah folder baru untuk menempatkan segala bahan yang berkaitan dengan website yang akan dibina nanti. Seterusnya kami diajar memasukan bahan ke dalam dreamweaver, membuka file baru dan memilih frameset yang sesuai untuk membina website. Kami juga diajar bagaimana untuk mengubah elemen-elemen yang kami masukkan seperti mengubah tulisan, mengubahsuai warna background, memasukan imej sebagai background serta membuat link dalam website. Apa yang menarik perhatian aku pada kali ini ialah ialah bagaimana untuk memasukkan imej sebagai background kerana aku baru tahu bagaimana untuk memilih saiz background yang sesuai. Membuat link dalam website agak mencabar kerana ada link-link yang aku buat tidak menjadi ada yang sepatutnya. Ini menjadi satu cabaran bagi aku pada kali ini. Di akhir kelas, Prof. Zaida yang datang pada penghujung kelas telah membekalkan kami dengan "app" untuk mengenali dreamweaver dengan lebih dekat dan mempelajarinya. Aku amat tertarik dengan 'app" dan berhasrat pada suatu masa nanti aku juga boleh menghasilkan "app" untuk kegunaan dalam pendidikan. Semakin banyak ilmu yang baru aku pelajari dalam kelas ini.
Monday, February 24, 2014
Tuesday, February 18, 2014
Refleksi Minggu Kedua
Kelas pada minggu ini dikendalikan oleh Prof. Zaidatun dan dibantu oleh Dr. Norasykin. Pada minggu ini Prof. Zaida memberikan lebih banyak input tentang kursus MPT119. Pada permulaan kelas, Prof. Zaida menerangkan semula mengenai kursus ini termasuk objektif, perancangan kursus serta penilaiannya. Seterusnya Prof. Zaida membuat perbincangan mengenai 'multimedia programming vs multimedia authoring' Dari perbincangan ini banyak juga input-input baru yang aku perolehi misalnya apakah 'metaphor' bagi setiap perisian yang digunakan. Dari perbincangan itu beliau membuat kesimpulan bahawa penggunaan perisian haruslah mengikut kehendak serta keupayaan atau dalam erti kata lain kita harus tahu kenapa dan bila kita perlu menggunakan perisian tersebut. Perbincangan seterusnya ialah mengenai web page, web site dan portal. Dari perbincangan ini aku telah dapat membezakan antara ketiga-tiganya iaitu web page biasanya mempuyai satu halaman, web site mempunyai beberapa halaman manakala portal biasanya merangkumi banyak web site. Beliau seterusnya membuat perbincangan mengenai 'static web page vs dynamic we bpage. Dari perbincangan ini dapatlah aku membezakan antara keduanya antaranya mengenai paparan, kos pembangunan, penggunaan code atau bahasa pengaturcaraa, masa pembangunan, serta isu keselamatan. Di akhir kelas pada minggu ini, Prof. Zaida membuat perbincangan mengenai ASP dan PHP. Beliau juga memberi tugasan kepada kami untuk mencari apakah perbezaan antara keduanya. Kelas pada hari ini telah mengimbas kembali apa yang telah aku pelajari sebelum ini yang telah banyak aku lupa.
Difference between ASP and PHP
ASP
|
PHP
|
Programming language
|
Programming language
|
From Microsoft
|
From Rasmus
Lerdorf
|
Run only Windows only
|
Runs on many OS like Linux, Unix sever and NT
server. Also in Windows
|
Use Internet Information Service (IIS) for testing
server
|
Use Apache for testing server
|
Use Microsoft Access for database
|
Use MySQL for database
|
|
|
Use Visual Basic programming
|
Uses C/C++ language
|
More costing – ASP needs to run on Windows with IIS
and need to purchase
|
Free
|
Not much flexible when connecting with database
compare with PHP
|
Very much flexible when connecting with database
|
Need to purchase MS-SQL
|
Can connet to several database – commonly used is
the MySQL. It free
|
Not so fast when loading
|
Loading speed more fast than ASP
|
Tuesday, February 11, 2014
Refleksi Minggu Pertama
Hari ini kelas pertama untuk kursus MPT1193 (Authoring System). Kelas pada hari ini dikendalikan oleh Dr. Norasykin Mohd Zaid, pembantu kepada Prof. Dr. Zaidatun Tasir. Untuk kelas yang pertama ini, Dr Norasykin memberi penerangan tentang kursus ini. Ia adalah berkenaan dengan apa yang hendak dipelajari dalam kursus ini, bagaimana penilaian dibuat dan tugasan-tugasan perlu dilaksanakan oleh pelajar. Sepanjang 2 jam lebih penerangan pada hari ini, saya rasakan kursus ini agak menarik untuk dipelajari. Saya berharap kursus ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan saya tentang perisian Dreamweaver dan Flash yang saya telah pelajari sebelum ini. Di akhir kuliah Dr. Norasykin meminta kami membina satu blog untuk penulisan refleksi bagi setiap sesi yang diadakan nanti. Refleksi yang perlu ditulis bermula pada minggu hadapan. Di akhir kelas, kebanyakan dari kami telah membina blog masing-masing dengan bimbingan Dr. Norasyikin.
Subscribe to:
Posts (Atom)